Friday, April 30, 2010

HALIA

Halia adalah antara bahan paling penting dalam masakan manusia. Samada dari timur dan barat atau orang eropah dan asia, semuanya menggunakan halia didalam masakan seharian.

Halia mudah di beli di kedai-kedai. Tapi senarnya halia sangat mudah di tanam. Buat apa membazir, sedangkan kita boleh dapatkan dengan percuma. Iaitu dengan menanamnya sendiri.

Disamping dapat penuhi diri kita dengan aktivitiyang berfaedah, kita dapat jadikan halia sebagai tanaman hisan di sekeliling rumah.

Cara menanam halia:

1. Keratan halia.
2. Pasu
3. Tanah.
4. Baja
5. Air.

Isikan tanah di dalam pasu. Masukan keratan halia. Siram setiap hari. Selepas dua minggu, tunas mulai tumbah. Biarkan selama sebulan, selepas itu boleh mula letakkan baja. Siram hendaklah dilakukan setiap hari tetapi jangan terlalu banyak nantu ubinya rosak. Selepas enam bulan , ubi hali telah terbentuk dan membesar serta boleh digunakan untuk masakan, ulam dan sebagaina. Cuba la.